Membuang Pelayar Tor daripada sistem anda adalah mudah:

Pada Windows:

  • Cari folder Pelayar atau aplikasi Tor anda. Lokasi lalai ialah Desktop.
  • Padam folder Pelayar atau aplikasi Tor.
  • Kosongkan Tong Sampah anda.

Pada macOS:

  • Cari aplikasi Pelayar Tor anda. Lokasi lalai ialah folder Aplikasi.
  • Alih aplikasi Pelayar Tor masuk ke dalam Tong Sampah.
  • Pergi ke folder ~/Library/Application Support/ anda.
  • Perhatian, folder Library disembunyikan pada versi terbaharu macOS. Untuk menavigasi ke folder ini melalui Finder, pilih "Go to Folder..." dalam menu "Go".

Go to folder menu option

  • Then type ~/Library/Application Support/ in the window and click Go.

Go to folder window

  • Cari kedudukan folder TorBrowser-Data dan alih ia ke dalam Tong Sampah.
  • Kosongkan Tong Sampah anda.

Perhatian jika anda tidak memasang Pelayar Tor dalam lokasi lalai (folder Aplikasi), maka folder TorBrowser-Data tidak berada di dalam folder ~/Library/Application Support/, tetapi ditempatkan dalam folder yang sama dengan tempat asal Pelayar Tor dipasang.

Pada Linux:

  • Cari folder Pelayar Tor anda. Pada Linux, tiada lokasi lalai, oleh itu folder berkenaan biasanya bernama "tor-browser_en-US" sekiranya anda menggunakan Pelayar Tor dalam bahasa Inggeris.
  • Padam folder Pelayar Tor.
  • Kosongkan Tong Sampah anda.

Note that your operating system's standard "Uninstall" utility is not used.