Jika mahu, Pelayar Tor boleh menjadi mudah alih dengan mengekstrak dirinya dari arkibnya terus masuk ke dalam media mudah alih seperti pemacu pena USB atau kad SD. Oleh itu disarankan menggunakan media boleh-tulis supaya Pelayar Tor dapat dikemas kini mengikut keperluan.

Bagi Windows:

  1. Palamkan media mudah tanggal anda dan format ia. Apa jua jenis sistem fail diterima.

  2. Navigasi ke halamam muat turun Pelayar Tor.

  3. Muat turun fail Windows .exe dan simpan ia terus ke dalam media anda.

  4. (Disarankan) Sahkan tanda tangan fail.

  5. Setelah muat turun selesai, klik fail .exe untuk memulakan proses pemasangan.

  6. Apabila pemasang bertanya lokasi pemasangan Pelayar Tor, pilih media mudah tanggal anda.

Bagi macOS:

  1. Plug in your removable media and format it. You must use Mac OS Extended (Journaled) format.

  2. Navigasi ke halamam muat turun Pelayar Tor.

  3. Muat turun fail .dmg macOS dan simpan ia terus ke dalam media anda.

  4. (Disarankan) Sahkan tanda tangan fail.

  5. Setelah muat turun selesai, klik fail .dmg untuk memulakan proses pemasangan.

  6. Apabila pemasang bertanya lokasi pemasangan Pelayar Tor, pilih media mudah tanggal anda.

Bagi GNU/Linux:

  1. Palamkan media mudah tanggal anda dan format ia. Apa jua jenis sistem fail diterima.

  2. Navigasi ke halamam muat turun Pelayar Tor.

  3. Muat turun fail Linux .tar.xz dan simpan ia terus ke dalam media anda.

  4. (Disarankan) Sahkan tanda tangan fail.

  5. Setelah muat turun selesai, ekstrak arkib masuk ke dalam media yang dikehendaki.