Pelayar Tor menggunakan rangkaian Tor untuk melindungi privasi anda dan menjadi awanama. Pengunaan rangkaian Tor mempunyai dua sifat utama:

  • Penyedia perkhidmatan internet, sesiapa sahaja yang memantau sambungan anda secara setempat, tidak dapat menjejak aktiviti internet anda, termasuklah nama dan alamat laman sesawang yang anda lawati.

  • Pengendali laman sesawang dan perkhidmatan yang anda gunakan, dan sesiapa sahaja yang memantaunya, akan melihat satu sambungan yang bermula dari rangkaian Tor selain dari alamat Internet (IP) sebenar anda, dan tidak akan tahu siapakah anda melainkan anda memberitahu sendiri.

Tambahan pula, Pelayar Tor direka untuk menghalang laman sesawang melakukan pengecapjarian iaitu “fingerprinting” atau mengecam anda berdasarkan konfigurasi pelayar anda.

Secara lalai, Pelayar Tor tidak menyimpan apa-jua sejarah pelayaran. Kuki hanya sah untuk satu sesi (sehinggalah Pelayar Tor ditutup atau satu Identiti Baharu dipohon).

BAGAIMANAKAH TOR BERFUNGSI

Tor adalah rangkaian terowong-terowong maya yang dapat menambahbaik privasi dan sekuriti anda di dalam Internet. Tor berfungsi dengan menghantar trafik anda melalui tiga pelayan rawak (juga dikenali sebagai geganti, ataupun relays) dalam rangkaian Tor. Geganti terakhir di dalam litar (“geganti keluar” atau “exit relay”) kemudiannya menghantar keluar trafik itu semula ke Internet awam.

Bagaimana Tor berfungsi

Imej di atas menunjukkan seorang pengguna melayari pelbagai laman-laman sesawang melalui Tor. Komputer-komputer hijau di tengah mewakili geganti, di dalam rangkaian Tor, tiga kunci mewakili lapisan-lapisan penyulitan di antara pengguna dan setiap geganti.